Saturday, October 17, 2009

SEMAKIN RAMAI BUKAN ISLAM MENCUBA PERBANKAN ISLAM:OCBC

"Bukan Islam merupakan separuh daripada pelanggan perbankan Islam Al Amin OCBC menurut Ketua Pegawai Eksekutif"


Perbank Islam semakin mendapat tempat di hati bukan Islam di seluruh dunia kerana ketegasannya dalam prinsip pembiayaan, menurut bank ketiga terbesar Singapura itu, menyaksikan usaha industri perbankan menjadikan sumber kerpecayaan sebagai satu langkah dalam mendapatkan tempat dalam pasaran.


Kewangan Islam merupakan satu adunan ekonomi Islam dan prinsip pinjaman moden dimana produknya boleh dinikmati dan dimanafaatkan oleh orang Islam dan bukan Islam.


Pada sautu ketika dahulu perbankan Islam merupakan satu pasaran yg kecil bagi menyediakan kemudahan bagi umat islam yg mengelakkan perbankan konvesyenal kini kewangan Islam merupakan produk popular kebelakangan ini oleh kerana pelaburan besar oleh syarikat dari Negara Teluk dan meningkatnya permintaan dalam pelaburan beretika.


Orang bukan Islam juga sekarang telah mula mencari pelaburan-pelaburan yg berisiko rendah sebagai alternatif kepada keaadan kredit global masa sekarang yg menyaksikan tahap keraguan mereka terhadap tatacara pengurusan risiko mengikut praktis barat.

PERMASALAHAN PENDIDIKAN AWAL ANAK-ANAK

Permasalahan pendidikan anak-anak telah memasuki satu fasa apabila ibu bapa dalam keghairahan menyediakan anak-anak untuk memasuki alam pendidikan, telah terperangkap dalam pendekatan yang kelihatan 'Islamik' tetapi pada pandangan saya tidak memenuhi sepenuhnya hakikat pendidikan Islam.

Akhir-akhir ini banyak ibu bapa dan institusi pendidikan, mendidik anak-anak berasaskan pendekatan pendidikan yang diilhamkan oleh dunia Barat. Walaupun sebahagian pendekatan ini telah diubahsuai, pada dasarnya pendekatan itu tetap bukan pendidikan Islam. Sekiranya dianalisis sistem-sistem pendidikan ini, kita akan sampai kepada satu kesimpulan bahawa seluruh sistem pendidikan ini tiada kaitan dengan pendidikan berteraskan hakikat Rabbaniyah. Sistem-sistem ini sama ada dari segi falsafah, objektif, mahupun natijah yang di-harapkan, sangat berbeza daripada hakikat pendidikan di dalam tasawwur Islam. Sistem pendidikan Barat mungkin mampu untuk menghasilkan anak-anak pintar cerdas dan merealisasikan potensi aqli dan jasmani kerana memang itu matlamat pendidikan mereka. Walaupun penekanan moral diberi ruang dalam sistem ini, sistem moral bukan Islam sudah pasti tidak dapat menghasilkan sistem moral Islam, sekalipun kita berusaha untuk menempelkan kekurangannya dengan menggabungkan unsur-unsur Islam ke dalamnya.
Iqbal pernah mencatatkan: “Sistem pendidikan Barat mampu membawa anak-anak kita mengkagumi dan mempelajari kemajuan teknologi, tetapi tidak bagi mendidik mata anak-anak untuk menangisi dosa-dosanya dan mendidik hati mereka supaya takut hanya kepada Penciptanya”.

Sebenarnya terdapat perbezaan yang besar antara mengambil kaedah pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan tokoh-tokoh Barat dengan mengambil sistem pendidikannya. Saya berpendapat memanfaatkan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh sesiapa pun mengenai kaedah-kaedah pendidikan atau teknik-teknik menguasai sesuatu kemahiran yang berkesan merupakan usaha yang sangat baik. Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Hikmah itu adalah barang yang tercicir. Barang siapa yang menjumpainya maka dialah yang lebih berhak memiliknya.”

Oleh itu kita boleh dan sewajarnya memanfaatkan kajian-kajian yang dijalankan oleh Barat, terutama dalam bidang latihan kemahiran hidup seperti membaca, menulis dan mengira. Begitu juga dengan kajian mereka menge-nai teknik berfikir dan pembangunan jasmani.

Bagaimanapun, yang dibimbangi ialah kita mengambil seluruh sistem pendidikan yang mereka kemukakan, kerana ini akan merosakkan lantaran matlamat dan falsafah pendidikan mereka tidak berasaskan tauhid dan keimanan. Sistem mereka hanya mampu melahirkan anak-anak yang pintar tetapi jiwa tetap kosong. Yang lebih membimbangkan ialah lahir tasawwur yang terpisah antara aspek kerohanian dan moral dengan aspek-aspek pendidikan lain. Pendekatan segolongan muslim yang berpegang kepada sistem Barat dan cuba memperbaiki kekurangannya dengan memasukkan unsur-unsur Islam, juga tidak banyak membantu, malah akan mengelirukan masyarakat Islam. Langkah-langkah ini tidak jauh bezanya daripada pendekatan pendidikan sekular yang wujud hari ini.

BLACK METAL MENGANCAM AKIDAH UMAT ISLAM

Black Metal adalah satu gejala yang sedang merebak dalam masyarakat Malaysia, khususnya di kalangan remaja di beberapa buah negeri di sebelah Utara Semenanjung Malaysia. Gejala ini ada kaitan dengan pengaruh internet, filem, muzik dan sebagainya merupakan anasir-anasir yang memberi makanan jiwa dan menusuk masuk ke dalam hati nurani mereka sehingga dapat dihayati dengan sepenuhnya.

Hal ini menjadi lebih hebat lagi dengan gejala lain yang menyertai muzik dan tarian tersebut iaitu pemujaan syaitan, penolakan agama, memenuhi segala pemikiran dan fantasi dengan segala unsur negetif dan pesif, mati kubur, mayat dan sebagainya yang menjadi amalan iblis dan syaitan. Hal ini lebih berjaya mengisi kekosongan jiwa dan idealisme anak-anak muda dan memberi mereka kepuasan dan hiburan lebih daripada pengaruh nilai murni dan agama serta moral yang dalam konteks para remaja, juga golongan pelajar tidak dapat memenuhi keperluan mereka.

Boleh jadi kita bertanya dengan kehairanan, kenapa pengajaran agama dan moral sepatutnya dapat mengisi mental dan hati nurani para pelajar, juga remaja tiba-tiba mengalami kegagalan dan kelesuan. Perkara ini mestilah memerlukan perhatian serius, dimana para pengkaji dan juga para guru, ibu bapa, masyarakat dan juga semua pemimpin di semua peringkat mungkin dapat menoleh kebelakang melihat dimanakah silapnya sehingga nilai murni dan didikan Islam yang yang dibawa melalui kurikulum al-Quran tidak dapat dihayati serta dihadamkan oleh jiwa anak-anak remaja Islam yang berbangsa Melayu yang dikenali sebagai keturun Islam sejak turun-temurun. Hal mestilah setiap dari kita mesti merasa terpanggil dalam menangani gejala Black Metal yang sememangnya boleh mengancam akidah umat Islam khususnya dikalangan anak-anak muda Islam di negara kita Malaysia.

Menurut satu risalah yang disebarkan, kumpulan Black Metal ini mewajibkan setiap dari pengikutnya melupakan rukun Islam yang lima perkara, iaitu mengucap Dua Kalimah Syahadah, mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat dan menunaikan haji bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan. Sebaliknya mereka mestilah berpegang kepada lima rukun baru yang mengatakan menyembah Allah itu adalah karut marut. Empat lagi rukun kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka "We Are Satan" (Kamilah Setan) ialah jangan sembahyang, kitab al-Quran itu karut, membakar naskhah-naskhah al-Quran dan membakar atau memijak kain atau pakaian sembahyang.

Selain mengandungi lima rukun yang menghina Islam itu, risalah berkenaan turut mengandungi peraturan mengangkat sumpah untuk menganggotai kumpulan tersebut. Antara peraturan yang dinyatakan ialah sebelum menjadi pengikut, seseorang itu harus melafazkan "Kami menyeru dengan nama Iblis bahawa kami sudah pun murtad'. Mereka kemudian harus menyebut lima rukun kumpulan itu (sebagaimana di atas). Bahagian hadapan risalah itu pula memaparkan lukisan seorang lelaki berambut panjang dalam keadaan bogel dan di atasnya tertera tulisan "Black Metal". Pada muka surat kedua pula terdapat bintang berbucu lima dengan di dalamnya dilukiskan lambang salib. Di setiap bucu bintang itu terdapat tulisan dipercayai lambang tertentu dalam masyarakat Yahudi.

Pada muka surat ketiga pula terdapat lima rukun kumpulan itu manakala mukasurat keempat ayat sebelum upecara dan senarai nama ahli kumpulan itu. Pada muka surat terakhir pula terdapat tulisan dalam bentuk mengerikan tertera ' As the sky turns black' (apa bila langit berubah menjadi hitam) dengan lukisan berbucu lima.