Monday, October 19, 2009

Gerakan Kemahasiswaan dan Isu-isu Akhlak

Seperti yang telah disebutkan di atas, ternyata kebelakangan ini kita menyaksikan usaha-usaha yang cukup ghairah untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap bidang. Kita juga sedar bahawa kecemerlangan tidak sahaja ditentukan oleh teknik pengurusan serta bantuan alat semata-mata, tetapi lebih dari itu ia ditentukan juga oleh faktor kemanusiaan, atau nilai-nilai insan itu sendiri.



Dalam mencapai aspirasi pembangunan misalnya, manusia adalah unsur yang paling menentukan kejayaannya. Pembangunan tidak bererti jika manusia itu sendiri runtuh. Justeru itu nilai-nilai akhlak amat perlu diberi penekanan dalam gerakan kemahasiswaan agar pembangunan yang ingin digarap seimbang dengan nilai-nilai keislaman. Tidak ada ertinya pembangunan tanpa kesejahteraan dunia dan akhirat.



Tatacara menangani masalah-masalah masyarakat mesti difahami dengan tepat dan direalisasikan dalam berbagai lapangan hidup. Malah disertai dengan rasa tanggungjawab iaitu dengan menganggap jatuh bangunnya gerakan Islam, nasib ummah adalah di tangan golongan pencinta Islam yang sepatutnya bingkas berbuat bergerak menyusun rancangan dan sebagainya Sikap lemah, acuh tak acuh adalah sikap mukhallafun (golongan yang enggan berjuang) yang dibenci oleh Allah.

Semangat dan usaha menentang setiap yang bernama kemungkaran pula harus berkobar atau dikobarkan. Tanpa semangat ini iman akan menjadi lesu. Tekad jihad akan menjadi lemah dan tidak mampu menampilkan daya juang ke taraf maksimum. Roh yang tidak ada keazaman berjihad adalah roh yang masih bergelumang dengan semangat jahiliah seperti yang pernah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w.

من مات ولم يغز ولم يحدث نفسه بغزو , ومات على شعبة من النفاق

"Barang siapa yang mati dan tidak berjihad dan tidak pernah bercita-cita untuk berjihad, mati dalam keadaan munafik".

ما ترك قوم الجهاد إلا عمهم الله بالعذاب

"Mana-mana kaum yang meninggalkan jihad nescaya Allah akan mengenakan mereka dengan seksaan yang merata."



Keunggulan, keagungan dan keindahan Islam sudah begitu banyak diperkatakan. Apa yang belum dikotakan dan ditampilkan dengan konkrit untuk zaman ini ialah contoh-contohnya yang nyata dan realisasinya. Setiap aktivis Islam berkewajipan membuktikan ajaran Islam itu dalam diri, keluarga dan wadah pergerakan mereka. Kita sepatutnya menjadi Ummatan Wassatan yang boleh memainkan peranan sebagai syuhada' 'linnas. Ini adalah suatu cabaran dan tanggungjawab yang besar dan berat. Mampukah gerakan mahasiswa memikul beban ini? Apakah kita berdaya atau mampu melaksanakan tugas-tugas Khaira umatun ukhrijat linnas (ummah terbaik) yang ditampilkan kepada manusia? Inilah cabaran yang menunggu jawapan praktikal daripada kita sekalian.



Perlu disedari gerakan kemahasiswaan harus menekan persoalan gerak kerja dakwah yang berkesan, dengan praktik akhlak Islam yang betul dalam konteks haraki Lantaran tanpa akhlak pembelotan, pengkhianatan dan sindrom individu tercicir dari gerakan dakwah akan berlaku. Sejarah telah pun mencatatkan fenomena ini, di mana figure yang 'gagah' dan mantap sekalipun boleh tercicir. Kita khuatir dengan adanya sindrom ini persaudaraan bertukar menjadi permusuhan, idealisme hanyalah ibarat impian di siang hari.



Memang tidak mudah untuk berpaut dengan nilai-nilai murni seperti yang ditegaskan oleh Allah. Apatah lagi dalam suasana yang penuh dengan rangsangan yang menarik manusia supaya melutut kepada tuntutan syahwatnya. Tidak mudah untuk mengamalkan sikap-sikap mulia dan akhlak-akhlak yang luhur dalam kemelut masyarakat yang menghakis segala daya tahan dan daya juang aktivis Islam. Tepat seperti yang ditegaskan oleh Allah:





"Kalaulah tidak kerana kurnia dan rahmat AlIah nescaya tidak ada seorang pun dari kamu yang disucikan (jiwa dan hati nuraninya) ".



Tidak dapat dibayangkan betapa suramnya gambaran nasib umat sekiranya golongan pendakwah khususnya mahasiswa Islam gagal menghayati nilai warisan ini. Kalau mereka gagal mencapai cita-cita besar yang merujuk kepada pengembalian penghayatan Islam maka ini adalah suatu yang malang. Akan tetapi yang lebih malang ialah apabila nilai-nilai suci dan murni agama ini gagal dihayati dalam peringkat diri, keluarga dan wadah sendiri. Untuk mengelakkan hal ini maka para Dai' harus mengatasi kelemahan diri masing-masing.

Abu Nasr As-Saraj menyatakan bahawa dari segi adab manusia terbahagi kepada tiga peringkat:

- Ahlu 'd-Dunia: kebanyakan realisasi adabnya ialah dalam bentuk (memperelok) gaya bahasa dan kefasihan, menghafal ilmu dan syair gurindam.

-Ahlu 'd-Din: kebanyakan manifestasi adabnnya ialah mengasuh diri, mendisiplinkan anggota, menjaga batasan Allah dan meninggalkan tuntutan syahwat.

- Ahlu' I Khususiah : kebanyakan latihan disiplin diri mereka ialah menjernihkan hati, mengelokkan batin, menunaikan janji (antara hamba dan tuhannya), menjaga waktu, kurang melayani perasaan dan lintasan fikiran (yang tidak bermakna), sikap dan bicaranya sopan ketika memohon, ketika mendekatkan diri kepada Allah;



Tanpa bersikap prejudis kita percaya gerakan mahasiswa mampu mencipta budaya kerja serta arus pergerakan yang cemerlang, kiranya mereka dapat memanfaatkan, menggarapi serta menanamkan roh serta nilai-nilai unggul agama sebagai teras serta arah perjuangan Semangat kecemerlangan memang cukup menyerlah dalam pelbagai aspek ajaran Islam. Allah sendiri menyatakan diri-Nya dengan sifat-sifat superlatif seperti Ahsanu 'I-khaliqin (Pencipta yang terbaik), Ahkamu 'I-hakimin (Hakim yang mengungguli segala hakim) dan sebagainya manusia sendiri dinyatakan sebagai makhluk yang berkualiti tinggi - ahsani taqwim (ciptaan terbaik).

APAKAH YANG DIKATAKAN MENUNTUT ILMU???

Untuk apakah kita menuntut ilmu? Adakah untuk belajar2 dan suka2 saja? Adakah untuk menghadapi peperiksaan? Adakah untuk mendapatkan sijil atau ijazah? Adakah untuk mendapatkan pekerjaan? Barangkali ada yang menjawab keempat-empat itu semua. Kerana ianya saling berkaitan antara satu sama lain. Tapi, rata2 yang akan menjawab ialah untuk mendapatkan pekerjaan.

Cuba kita fikir balik, untuk apakah kita menuntut ilmu sebenarnya? Kebayakan pelajar2 dan siswa2 kini, fokus mereka menuntut ilmu hanyalah untuk menghadapi peperiksaan dan mendapatkan pekerjaan pada hari kemudian supaya dapat hidup senang. Walaupun tidak dinafikan, ada di antara mereka yang menuntut ilmu dengan sebenar-benarnya dan sangat bersungguh-sungguh. Ini merupakan perkara yang baik.

Tetapi makna menuntut ilmu yang sebenarnya sekarang ini perlulah diperbetulkan semula. Kerana ada ramai lagi pelajar yang tidak tahu akan sebenarnya mereka menuntut ilmu. Mereka masih lagi keliru untuk apakah kita menuntut ilmu. Untuk apakah mereka menghadapi peperiksaan jika kebanyakan mereka selepas peperiksaan sudah lupa segala apa yang telah dipelajari? Untuk apakah siswa2 memasuki universiti jika sekadar hendak mendapatkan segulung ijazah tetapi selepas keluar daripada universiti, sudah tiada rasa lagi hendak menuntut ilmu kecuali kalau mereka hendak menjadi guru, pensyarah, penulis ataupun pemikir. Ada juga selepas keluar universiti, mahu sangat memilih kerja, hanya mahu mendapat kerja dari kelayakan bidang yang mereka pelajari.

Sebenarnya, dari sekolah lagi mereka telah diajar supaya menghafal saja segala pelajaran yang telah dipelajari selepas itu dimuntahkan semula di kertas2 jawapan peperiksaan. Sampailah mereka mengalami keadaan yang sama di universiti iaitu menghafal lagi segala maklumat selepas itu kena keluarkan segala apa yang telah dihafal, di kertas2 jawapan peperiksaan lagi.

Mereka bukannya mahu memahami ilmu yang telah dipelajari. Kerana fokus mereka hanyalah hendak mendapatkan sijil, ijazah dan kerja. Bukannya fokus kepada memahamkan ilmu. Mereka sebenarnya memang menuntut ilmu tetapi masalahnya tidak mahu memahami ilmu itu. Itulah sebabnya ada juga segelintir pelajar dan siswa yang masih buruk lagi akhlaknya, perangainya, minda masih lagi di tahap rendah sehinggakan sekarang banyak berlaku perkara2 sosial yang tidak baik seperti membunuh, mengambil dadah, mementingkan diri sendiri dan sebagainya dan yang terbaru sekarang ini, berlaku pembunuhan pelajar di Mesir. Siapa lagi pembunuhnya kalau bukan pelajar yang dikatakan penunut ilmu yang mulia yang sentiasa meningkatkan diri dengan pengetahuan ilmunya. Tetapi pelajar yang menjadi pembunuh ini bukannya meningkatkan pengetahuan ilmunya malah menurunkan lagi pengetahuan ilmunya.

Semua yang telah berlaku itu sebenarnya bukanlah salah mereka tetapi cara didikan mereka dari rumah dan di sekolah lagi yang telah membentuk peribadi mereka menjadi begitu. Suasana dan persekitaran di sekelilinglah yang akan membentuk peribadi dan akhlak seseorang. Itulah kesannya kalau tidak faham apa ilmu yang telah dipelajari itu.

Kita menuntut ilmu yang sebenarnya adalah kerana Allah dan RasulNya. Allah dan RasulNya-lah yang telah menyuruh kita menuntut ilmu. Supaya kita dapat lagi meningkatkan pengetahuan tentang sesuatu perkara. Dan menuntut ilmu kenalah diniatkan untuk memahami ilmu tersebut supaya kita akan menjadi seorang insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani dan minda.

Itulah yang telah berlaku di zaman khalifah2 Islam dahulu dan selepasnya sehinggakan mereka dapat melahirkan ramai tokoh2 Islam, ilmuan2 Islam dan ulama2 yang telah berjasa dan memberikan sumbangan kepada agama ini. Kerana mereka faham apa ilmu yang mereka pelajari, mereka gunakan ilmu itu untuk menyebarkannya kepada orang ramai. Itulah yang telah berlaku kepada Imam Ahmad bin Hanbal, Badiuzzaman Said Nursi, Syeikh Al-Albani dan ramai lagi.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata bahawa beliau akan menuntut ilmu dari hujung pena sehinggalah ke pintu kubur, walaupun ketika itu beliau sudah menjadi imam para umat dan ketua.

Ali bin Abu Talib pernah berkata: "Ikatlah ilmu dengan menulisnya".

Hamka juga berkata, jika sesorang sudah mencapai tahap membaca yang tinggi, secara semula jadi akan terpanggil untuk memindahkan ilmu pengetahuan yang didapatinya dalam bentuk penulisan. Ini jelas dilihat dalam diri Hamka sebagai seorang ulama, sasterawan, pemikir dan penulis.

Oleh itu, mulai dari sekarang, ubahlah niat sebenar kita menuntut ilmu, tuntutlah ilmu dengan memahaminya bukan sekadar menghafalnya, Tuntutlah ilmu untuk kegunaan dan kebaikan kita dan tuntutlah ilmu untuk menjadi insan berguna, berjasa dan dapat memberikan sesuatu sumbangan kepada agama, masyarakat dan negara ini. Tuntutlah apa2 saja ilmu yang bermanfaat yang dari yang ilmu yang penting barulah lepas itu ilmu yang berikutnya iaitu ilmu agama, sejarah, sains, matematik dan sebagainya. Barulah kita akan menjadi manusia yang seimbang ilmunya.

Itulah hakikat dan makna menuntut ilmu yang sebenarnya supaya kita ada mendapat sesuatu hasil yang akan kita petik dari ilmu tersebut untuk kegunaan dan kebaikan kita suatu hari nanti.

Keistimewaan Undang-Undang Islam

Undang-undang Islam dicipta dan digubal oleh Allah s.wt.Atas sifatNya Yang Maha Mengetahui,maka adalah terlalu tidak munasabah,tidak mungkin dapat diterima oleh akal yang waras bahawa Undang-undang yang diciptaNya adalah lebih rendah atau tidak lebih baik daripada undang-undang buatan manusia yang dicipta serba kekurangan ini.Bagaimana mungkin sebuah Undang-undang ciptaan Pencipta Yang Maha Agung boleh diletakkan lebih rendah daripada undang-undang yang digubal makhluk yang diciptaNya? (sepertimana kata Pak Lah : 'Islam is not above constitution').Tidak munasabah.Sangat tidak munasabah!.

Pelaksanaan undang-undang sekular di negara ini membuktikan kegagalan yang berterusan dimana kadar jenayah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda untuk surut.Malah adalah biasa berlaku keadaan di mana si penjenayah melakukan kesalahan secara berulang.Ini berbeza dengan undang-undang Islam yang berjaya mendidik jiwa manusia.Buktinya ada kes-kes jenayah yang dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w,dijatuhkan hukuman berdasarkan pengakuan si pelaku itu sendiri dan setelah lengkap syarat-syarat pengakuannya.Contoh,kes Mu"az al-Aslami dan kemudiannya Ghamidiah yang mengakui perbuatan zina dengan pasangan masing-masing.

Begitu juga dengan kes 2 orang sahabat berselisih faham/berebut berkenaan hak mereka terhadap harta pusaka.Apabila pengaduan mereka disampaikan kepada Rasulullah dan sebelum keputusan penghakiman dibuat,Nabi telah mengingatkan mereka bahawa jika ada dakwaan yang tidak betul,dan harta itu diserahkan kepada yang membuat dakwaan tidak betul itu,maka penerima harta itu sebenarnya menerima api neraka.Sebaik sahaja mendengar kata Rasulullah,maka kedua-duanya menggugurkan tuntutan mereka ke atas harta tersebut.Malah kedua-duanya cuba menyerahkan harta itu kepada satu sama lain.Akhirnya kedua-duanya enggan menerima harta tersebut kerana bimbang dakwaan mereka tidak benar,walaupun mereka merasakan dakwaan mereka benar.Begitu indahnya ajaran Islam. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah sahabatku...

Sunday, October 18, 2009

islam sebagai gerakan politik

Islam sebagai gerakan politik mempunyai sebuah ciri beraneka yang pada berlainan waktu menginkorporasikan elemen-elemen banyak gerakan politik lain, sementara pada waktu yang sama menggunakan pandangan-pandangan keagamaan fundamentalisme Islam, terutamanya pandangan Islam sebagai agama politik.

Suatu tema yang umum pada abad ke-20 adalah pertentangan terhadap perselisihan kaum, kolonialisme dan imperialisme, dalam pembentukan Empayar Turki Uthmaniyyah dan Empayar British (walaupun Empayar Uthmaniyyah itu sendiri adalah gerakan politik Islam). Akhirnya sosialisme sebagai suatu viable alternative dengan akhirnya Kesatuan Soviet dan Perang Dingin telah menambahkan appeal gerakan revolusi Islam, terutamanya dalam konteks rejim tidak-demokrasi dan korupsi sepanjang dunia Islam. Islamisme membesar sebagai reaksi pada trend-trend ini, dan sebagai suatu desire untuk membentukkan sebuah kerajaan berasaskan rukun-rukun Islam.

Pada jelasnya, skop politik Islam adalah sangat lebar ia mengencompass apa-apa jenis gerakan revolusi atau parti di mana-mana negara Islam. Invariably, ia bermakna bahawa ia menyampurkan sekali such a variety of gerakan nasionalis, Marxisme dan perkauman yang ia tidak ada lagi kandungan ideologi yang benar. Ciri-ciri satunya beristilah yang ia ada adalah nasionalisme dalam sebuah konteks Islam; tetapi ini dijelaskan secara sedikit. Walaubagaimanapun, dalam kitab al-Quran, tiada apa yang menyatakan bahawa Politik perlu digunakan untuk menubuhkan Islam. Jadi, ia mungkin adalah suatu benda yang bahaya dari pemandangan Islam bahawa seorang mengaplaikan Islam untuk mendapatkan kelebihan politik.

penghayatan islam dalam keluarga

Sebuah keluarga yang damai juga pasti berjaya memberikan ketenangan kepada ahlinya. Sebarang masalah kehidupan dapat dibincangkan bersama dan berusaha untuk mendapatkan jalan penyelesaiannya. Kemesraan yang wujud sudah cukup untuk memberikan ketenangan awal bagi jiwa yang sedang berkecamuk. Senyuman manis dan tawa ria pasti berjaya meruntuhkan gunung masalah yang dihadapi. Itulah nikmat sebuah perkahwinan. Firman Allah yang bermaksud: "mereka (isteri-isteri kamu) merupakan pakaian (ketenangan) bagi kamu, dan kamu juga merupakan pakaian (ketenangan) bagi mereka" (Al-Baqarah : 187).

Perkataan "pakaian" dalam ayat di atas menggambarkan bentuk hubungan antara pasangan suami isteri. Sehelai pakaian mempunyai perbagai fungsi, antaranya menjadi penutup yang melindungi aib dibadan, pelindung dari panas, ketenangan kepada jasad dan perhiasan bagi badan. Begitulah gambaran hubungan suami isteri. Begitulah pasangan suami isteri saling berusaha menutup aib dan kekurangan pasangannya, menjadi pelindung dari mara bahaya serta menjadi hiasan untuk hati pasangannya. Hasil dari itu lahirlah hubungan mesra yang diikat dengan tali kasih yang pasti sukar untuk dirungkai kembali.

Kebanyakan masyarakat barat hari ini membina cinta mereka di atas dasar yang rapuh iaitu hubungan seks semata-mata. Ia adalah cinta palsu yang hanya didorong oleh keinginan nafsu seks semata-mata. Cinta itu akan lupus di kala kepuasan seks dari pasangan tidak dapat dinikmati. Cintanya pasti beralih kepada lelaki dan wanita yang lain yang dirasakan boleh memberikan kepuasan yang lebih. Malah cinta itu tidak menghalang seseorang lelaki dan wanita melakukan hubungan jenis dengan lelaki atau wanita lain pada masa yang sama.

Justeru sesebuah keluarga yang ingin dibentuk perlu mengambil kira tiga matlamat asasi agar lahir sebuah keluarga Islam yang harmoni yang akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang damai dan tenang.

Saturday, October 17, 2009

Kasih Sayang Asas Pembinaan Keluarga Islam

Untuk menjamin kelahiran sebuah keluarga yang harmoni, pembinaan sebuah keluarga mesti dibina di atas asas yang betul dan tepat bermula daripada objektif dan seterusnya langkah-langkah pembinaan tunggak dan binaannya. Islam telah menetapkan beberapa objektif sesebuah perkahwinan sebagai langkah awal pembinaan sebuah kelurga yang harmoni. Di antaranya untuk meneruskan kesinambungan zuriat manusia, menjaga kehormatan diri dengan melampiaskan nafsu ke tempat yang halal dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan.

Perhubungan suci antara lelaki dan perempuan dengan cara yang halal yang dikenali sebagai perkahwinan ialah satu-satunya cara yang bersih dan suci untuk menjamin kesinambungan zuriat manusia. Allah telah berfirman yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kamu kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari jiwa yang satu. Dia menjadikan daripada dirinya pasangannya. Dia telah memancarkan dari kedua-duanya lelaki yang ramai dan juga perempuan (An-Nisa’: 1).

Allah telah menciptakan Adam sebagai manusia pertama. Seterusnya dicipta pula Hawa untuk menjadi pasangannya. Seterusnya menerusi hubungan jenis antara kedua-dua lahirlah zuriat manusia, lelaki dan perempuan yang akhirnya membentuk berbagai bangsa dan keturunan. Kelahiran zuriat dalam suasana ikatan keluarga ini akan melahirkan manusia yang mendapat kasih sayang yang cukup. Kasih sayang dan kemesraan ini sudah cukup untuk membentuk emosi dan jiwanya untuk menjadi seorang insan yang berjiwa tenang dan baik.

Di samping itu zuriat yang lahir ini pasti mendapat jaminan nafkah yang amat penting untuk pertumbuhan fizikal yang sihat dan seimbang. Kesepaduan antara nafkah batin menerusi kasih sayang dan nafkah zahir menerusi makan dan minum serta keperluan hidup harian ini pasti mampu memberikan satu suasana hidup yang ceria dan menggembirakan bagi seorang anak. Akhirnya pasti lahir generasi yang baik dan berakhlak terpuji.

Zuriat manusia juga dapat diteruskan menerusi hubungan yang tidak halal. Tetapi ia pasti akan mengundang pelbagai masalah sosial dalam masyarakat. Di antaranya kelahiran seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai perlindungan sebuah keluarga kerana ibunya dan bapanya tidak mempunyai satu ikatan untuk hidup bersama di bawah satu bumbung. Si anak tidak mendapat jaminan nafkah dari si bapa kerana kemungkinan si bapa tidak mengakui benihnya. Si kecil ini juga pasti hidup dalam keadaan kekurangan kasih sayang kerana hanya mempunyai ibu tanpa bapa. Tekanan emosi dan perasaan sepanjang kehidupan kanak-kanaknya bakal membentuk jiwanya menjadi seorang yang benci kepada masyarakat sekeliling.

Kelahiran zuriat merupakan matlamat utama sesebuah perkahwinan. Justeru itulah baginda menganjurkan agar dikahwini perempuan yang subur yang mampu melahirkan anak yang ramai kerana baginda akan berbangga dengan jumlah umatnya yang ramai pada hari Qiamat. Perkara ini dijelaskan oleh baginda menerusi hadisnya yang bermaksud: Kahwinilah wanita yang boleh beranak ramai serta bersifat penyayang. Sesungguhnya aku pasti berbangga dengan ramainya kamu di hadapan umat manusia yang lain pada hari Qiamat. Kemampuan seseorang wanita untuk melahirkan anak yang ramai dapat dinilai secara umumnya menerusi jumlah adik-beradiknya atau adik beradik ibu atau bapanya.

Masyarakat barat hari ini meletakkan keseronokan adalah matlamat utama kehidupan. Perkara ini telah dijelaskan oleh al Quran yang bermaksud: Dan mereka yang kufur berseronok dan makan minum seperti mana binatang ternakan makan dan minum dan neraka pasti menjadi tempat perlindungan mereka (Muhammad : 12). Kemuncak keseronokan dan kenikmatan hidup bagi mereka adalah menerusi hubungan seks antara lelaki dan perempuan. Kebanyakan mereka lebih suka mendapatkan kenikmatan hubungan jenis menerusi seks bebas tanpa ikatan tali perkahwinan. Bagi mereka perkahwinan hanya akan membataskan pergerakan mereka dan meletakkan mereka di bawah satu tanggungjawab yang hanya akan membebankan mereka dan mengikat mereka dengan seseorang.

Bagi yang memilih cara yang lebih bersih menerusi perkahwinan juga meletakkan keseronokan dan kenikmatan sebagai matlamat utama perkahwinan. Justeru kelahiran bayi hanya akan mengganggu hubungan mereka dan membataskan kenikmatan seks mereka. Lantaran itu mereka melakukan pelbagai cara untuk menyekat kehamilan berlaku. Atau sekurang-kurangnya mencadangkan perancangan keluarga dengan menjarakkan anak atau menghadkan bilangan anak yang akan diperolehi.

Di antara matlamat perkahwinan juga ialah menjaga kehormatan diri dengan melampiaskan nafsu ke tempat yang bersih dan halal. Setiap manusia pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai pasangan yang boleh memberi kepuasan kepada nafsu seksnya. Ia mempunyai dua pilihan. Sama ada melepaskan keinginannya dengan cara yang dapat diterima oleh tata susila masyarakat manusia yang normal iaitu menerusi perkahwinan yang sah atau sebaliknya. Cara kedua pasti mengundang perbagai permasalahan sosial dengan kelahiran bayi yang tidak mempunyai jaminan kehidupan di bawah bumbung satu keluarga. Di samping penyakit-penyakit fizikal yang mungkin lahir hasil hubungan seks rambang seperti aids, siplis dan lain-lainnya.

Justeru baginda memberikan satu pedoman untuk orang muda dengan sabdanya: "Wahai sekelian pemuda! Sesiapa yang mempunyai kemampuan hendaklah berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu lebih menjaga mata kamu dan lebih memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu pula hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu menjadi benteng kepadanya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Perkahwinan dalam Islam diasaskan untuk melahirkan satu suasana aman dan damai dalam kehidupan menerusi hubungan kasih sayang yang intim antara lelaki dan perempuan. Perkara ini telah diisyaratkan oleh Allah menerusi firmannya yang bermaksud: "Dan di antara tanda kekuasaannya ialah menjadikan untuk kamu dari diri kamu sendiri pasanganpasangan untuk kamu menenangkan diri kamu kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu perasaan kasih-sayang dan kasihan belas" (Ar-Rum : 21).

Kasih sayang yang sebenar hanya dapat diabadikan menerusi sebuah perkahwinan. Kasih sayang ini diikat dengan simpulan kata yang amat kukuh yang telah dimenterai di hadapan saksi-saksi yang dipercayai. Kasih sayang itu diiringi dengan perbagai tanggungjawab. Si suami bertanggung jawab memberikan nafkah dan melindungi isterinya. Si isteri pula diikat dengan ketaatan dan tanggungjawab menjaga kehormatan diri dan suami. Firman Allah yang bermaksud: Lelaki-lelaki merupakan tunggak kepada wanita-wanita kerana nafkah yang diberikan menerusi harta-harta mereka. Maka wanita yang baik pula ialah yang taat, menjaga kemaluan di kala ketiadaan suami menerusi apa yang disuruh oleh Allah menjaganya – (An Nisa’ : 34).

NEGARA ISLAM

Isu “negara Islam” bukanlah suatu yang baru dalam negara kita. Biarpun perkataan “negara Islam” tidak popular di zaman Nabi Muhammad saw mahupun di zaman awal pemerintahan Islam di Semenanjung sebelum berlaku penjajahan barat, kewujudan masyarakat, wilayah, negeri atau negara yang melaksanakan hukum dan peraturan serta penghayatan hidup cara Islam sepenuhnya telah terpahat dalam lipatan sejarah tanah air.

“Negara Islam” pernah wujud. Kini umat Islam harus mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah di cipta di abad ke 15 Masihi. Ia harus bermula dengan individu Muslim sendiri seperti mana kata Hassan Al-Hudaibi, “tegakkanlah negara Islam dalam diri mu sendiri” dan ikuti dengan menegakkan “negara Islam” dalam negara. Ini sekaligus menuntut individu Muslim supaya memiliki kefahaman yang jelas tentang tasawwur negara Islam yang dimaksudkan, mampu berbicara dan berhujah mengenainya, mampu mempertahankannya, serta memperjuangkan. Ibn Taimiyyah menegaskan bahawa “Memimpin dan menguasai umat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu .

Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum Muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman, semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan.