Saturday, October 17, 2009

NEGARA ISLAM

Isu “negara Islam” bukanlah suatu yang baru dalam negara kita. Biarpun perkataan “negara Islam” tidak popular di zaman Nabi Muhammad saw mahupun di zaman awal pemerintahan Islam di Semenanjung sebelum berlaku penjajahan barat, kewujudan masyarakat, wilayah, negeri atau negara yang melaksanakan hukum dan peraturan serta penghayatan hidup cara Islam sepenuhnya telah terpahat dalam lipatan sejarah tanah air.

“Negara Islam” pernah wujud. Kini umat Islam harus mengembalikan kegemilangan Islam yang pernah di cipta di abad ke 15 Masihi. Ia harus bermula dengan individu Muslim sendiri seperti mana kata Hassan Al-Hudaibi, “tegakkanlah negara Islam dalam diri mu sendiri” dan ikuti dengan menegakkan “negara Islam” dalam negara. Ini sekaligus menuntut individu Muslim supaya memiliki kefahaman yang jelas tentang tasawwur negara Islam yang dimaksudkan, mampu berbicara dan berhujah mengenainya, mampu mempertahankannya, serta memperjuangkan. Ibn Taimiyyah menegaskan bahawa “Memimpin dan menguasai umat adalah kewajipan agama yang terbesar. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu .

Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum Muslimin) untuk menyuruh kepada yang baik, melarang dari yang mungkar, membela orang yang teraniya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman, semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasaan dan teras kepimpinan.

0 comments: