Monday, October 19, 2009

Keistimewaan Undang-Undang Islam

Undang-undang Islam dicipta dan digubal oleh Allah s.wt.Atas sifatNya Yang Maha Mengetahui,maka adalah terlalu tidak munasabah,tidak mungkin dapat diterima oleh akal yang waras bahawa Undang-undang yang diciptaNya adalah lebih rendah atau tidak lebih baik daripada undang-undang buatan manusia yang dicipta serba kekurangan ini.Bagaimana mungkin sebuah Undang-undang ciptaan Pencipta Yang Maha Agung boleh diletakkan lebih rendah daripada undang-undang yang digubal makhluk yang diciptaNya? (sepertimana kata Pak Lah : 'Islam is not above constitution').Tidak munasabah.Sangat tidak munasabah!.

Pelaksanaan undang-undang sekular di negara ini membuktikan kegagalan yang berterusan dimana kadar jenayah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda untuk surut.Malah adalah biasa berlaku keadaan di mana si penjenayah melakukan kesalahan secara berulang.Ini berbeza dengan undang-undang Islam yang berjaya mendidik jiwa manusia.Buktinya ada kes-kes jenayah yang dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w,dijatuhkan hukuman berdasarkan pengakuan si pelaku itu sendiri dan setelah lengkap syarat-syarat pengakuannya.Contoh,kes Mu"az al-Aslami dan kemudiannya Ghamidiah yang mengakui perbuatan zina dengan pasangan masing-masing.

Begitu juga dengan kes 2 orang sahabat berselisih faham/berebut berkenaan hak mereka terhadap harta pusaka.Apabila pengaduan mereka disampaikan kepada Rasulullah dan sebelum keputusan penghakiman dibuat,Nabi telah mengingatkan mereka bahawa jika ada dakwaan yang tidak betul,dan harta itu diserahkan kepada yang membuat dakwaan tidak betul itu,maka penerima harta itu sebenarnya menerima api neraka.Sebaik sahaja mendengar kata Rasulullah,maka kedua-duanya menggugurkan tuntutan mereka ke atas harta tersebut.Malah kedua-duanya cuba menyerahkan harta itu kepada satu sama lain.Akhirnya kedua-duanya enggan menerima harta tersebut kerana bimbang dakwaan mereka tidak benar,walaupun mereka merasakan dakwaan mereka benar.Begitu indahnya ajaran Islam. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah sahabatku...

0 comments: